
Oleh Rajeswari Nagamuthu (Kuala Lumpur) / Grafik Aziz AS/ FOTF
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasamabadan amal global,’Focus On the Family’ (FOTF) Malaysia hari ini memperkenalkan ‘Kotak Hijau’ di mana amalan makan bersama keluarga tanpa telefon bimbit dimanfaatkan sepenuhnya supaya masa bernilai dapat difokuskan kepada ahli keluarga.
Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail berkata, “Kita perlu perkukuhkan perhubungan keluarga dan jangan ditelan oleh arus teknologi”.
“Sebahagian besar ahli keluarga sibuk dengan telefon bimbit menyebabkan hubungan kekeluargaan terjejas,” kata pengasas FOTF Malaysia, Lee Wee Min.
Di samping itu, penggunaan teknologi disarankan bagi tujuan ‘mendekatkan yang jauh, dan jangan menjauhkan yang dekat’.
Program ‘No Mobile During Dinner’ dilancarkan di Dewan Besar LPPKN, Jalan Raja Laut di sini sempena 50 tahun LPPKN dan Hari Keluarga Malaysia pada 15 Mei dengan kerjasama FOTF Malaysia.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa penggunaan teknologi dan media sosial boleh membawa kepada kedua-dua kesan negatif dan positif dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan.
FOTF diasaskan oleh Dr James Dobson di Amerika Syarikat pada 1977 dan siaran rancangan berpaksi keluarga yang dihasilkan mereka sering kali disalurkan dalam beberapa pasaraya dan saluran radio di Malaysia dan serata dunia.