Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahViral

[KEMASKINI] PBT Daerah Baling Dekati Rakyat, Tangani Masalah

By 20 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Mahazir Abu Hassan

BALING, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Selaras dengan slogan “PBT Dihati Rakyat” Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Baling telah mengadakan, Hari Terbuka PBT di Perkarangan Majlis Daerah Baling hari ini. Pelbagai pengisian dan program diadakan untuk menyampaikan maklumat berkenaan Pelan Tranformasi PBT untuk makluman orang awam.

 

PBT 3

 

Berucap semasa merasmikan majlis hari terbuka itu, Yang DiPertua Majlis Daerah Baling Datuk Dzohir Md Zain berkata, acara seumpama ini amat baik untuk mendekatkan masyarakat dengan pihak berkuasa tempatan, di samping membantu menyelesaiakan masalah rakyat.

 

PBT 6

Acara yang diadakan termasuk, pameran agensi kerajaan dan swasta, penyampaian sumbangan  sempena Hari Wesak,pengecualian denda kepada pengunjung yang membuat bayaran cukai pintu atau sewaaan pada hari ini, pertandingan mewarna, pertandingan Busana 1 Malaysia, dan juga cabutan bertuah.

 

PBT 5

 

Turut hadir pada majlis ini ialah Setiausaha Majlis Daerah Baling , Rozaimie bin Abdul Rahim dan Ahli-ahli Majlis Daerah Baling.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda