
Laporan / Foto Wan Arif Fadhila Wan Yusof (Tanah Merah)
TANAH MERAH, 13 Mei (Malaysiaaktif) – Lawatan Komuniti 1Malaysia (K1M) Ladang Keralla Tanah Merah Kelantan ke K1M Bandar Baru Farlim Pulau Pinang hari ini membuka lembaran bahru dan membentuk jalinan hubungan antara masyarakat India Kelantan dengan Pulau Pinang.
Masyarakat India Ladang Kerilla merupakan generasi ketiga dan keempat yang berasal dari Keralla, Tamil Nadu. Nenek moyang mereka dibawa oleh pentadbiran British Malaya sebagai pekerja di ladang-ladang getah Tanah Melayu di atas kapasiti Syarikat Hindia Timur (EIC).
Rombongan seramai 40 orang ahli K1M India Kerilla mengadakan kunjungan ke Pulau Pinang untuk membandingkan kehidupan mereka dengan rakan di Kelantan.
Pengerusi K1M Ladang Keralla, Mahadevan menggesa supaya digerakkan usaha dan lawatan ini dengan tujuan membuka minda masyarakat India Keralla dan membina keyakinan diri kepada ahli-ahli K1M Ladang Kerilla supaya lebih fokus ke arah nilai-nilai murni dalam masyarakat.