Oleh Emran Ismail/ Mohamad Azree / Che Nor Ismail/ Bakari Yusof
Raub, 13 Mei (Malaysiaaktif) – Satu kemalangan jalan raya melibat sebuah motosikal dan sebuah lori berlaku di persimpangan lampu isyarat Simpang Kallang, iaitu jalan utama Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Menurut salah orang yang berada ditempat kejadian yang mahu dikenali sebagai Yem, kejadian berlaku lebih kurang jam 3.30 petang itu, apabila sebuah motosikal EX5 dari arah jalan Kampung Simpang Kallang menghala ke bandar Raub tiba-tiba bertembung dengan sebuah lori dari arah yang sama menghala ke Felda Krau melalui jalan Sempalit.
Orang ramai yang melihat kejadian tersebut terus membantu mangsa.Penunggang motosikal tersebut yang mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan di hantar ke hospital Raub, manakala pemandu lori tiada mengalami apa apa kecederaan.
Polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Raub sampai di tempat kejadian untuk menyiasat kes tersebut pada jam 3.35 petang.