Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Karnival Bahasa Melayu, Kenegaraan Disertai 16 Sekolah

By 7 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Nur Arinnica Arif, Mohd.Firdauf Alias, Wan Mohd Haris Faizal & Shahrossaleh (Jerantut)

JERANTUT 7 MEI (Malaysiaaktif) – Seramai 104 pelajar dari 16 sekolah mengambil bahagian dalam Karnival Bahasa Melayu dan Kenegaraan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Temin di sini hingga kelmarin.

Karnival julung kali anjuran Kelab 1Malaysia (K1M) Daerah Jerantut bersama Pejabat Pendidikan Daerah ini merupakan usaha untuk menyatukan semua sekolah dalam daerah ini, di samping mencungkil bakat pelajar.

Menurut pegawai Kokurikulum Daerah Pejabat Pendidikan, Muhd Faiz Mahayudin, memandangkan impak dan implikasinya kepada golongan pelajar, inisiatif seperti  ini perlu diteruskan.

“Di samping mencungkil bakat pelajar dalam bidang yang dipertandingkan, program ini juga menampakkan peranan agensi, Pendidikan Daerah dan Jabatan Penerangan serius dalam melahirkan jati diri dan semangat cinta akan negara.

“Karnival ini harus dijadikan aktiviti tahunan yang tidak pula terlalu formal dan membebankan pihak sekolah, ujarnya.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda