Skip to main content
Berita TempatanPahang

Sukarelawan Mahir Bantu PEMADAM Raub

By 7 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Emran Ismail, Mohd Azree Mohd Zaki dan Che Nor Ismail (Raub)

RAUB, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Mewujudkan golongan sukarelawan mahir dalam usaha pencegahan dadah antara rangka pelan tindakan strategi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Raub.

Menurut Naib Pengerusi PEMADAM Daerah Raub, Zulkepli  Mohd Ali Piah, setiap pelan ini dapat membantu pihak penguatkuasa memerangi jenayah penyalahgunaan dadah.

“Pembentangan Rangka Pelan Tindakan Strategi PEMADAM sasaran 2018 ini akan dibawa ke mesyuarat Agung PEMADAM pada pertengahan Mei nanti dan diharap akan dipersetujui oleh ahli PEMADAM Raub dan seterusnya dibawa ke Mesyuarat Agung Peringkat Kebangsaan.

“Terdapat tiga strategi yang telah dirancang, pertama menjadikan PEMADAM daerah sebagai tonggak kepada pencegahan dadah dengan penstrukturan semula peranan serta fungsi PEMADAM di setiap daerah. Selain itu, kami juga berhasrat mewujudkan sukarelawan mahir, serta mendidik pelajar sekolah menerusi strategi ketiga, iaitu banteras dari muda,” katanya semalam.

Menurut Zulkepli lagi, setiap rangka strategi mempunyai pelan dan inisiatif yang membawa kepada pelaksaan bagi memudahkan lagi kempen kesedaran.

“Mereka hanya tahu bahawa dadah itu bahaya, namun sejauh mana kesedaran untuk menghalang penularan penagihan dadah dalam masyarakat masih ditahap yang minimum,” ujarnya.

Kerajaan telah mengisytiharkan Dasar Dadah Negara yang membuktikan kerajaan amat serius dalam menangani isu penyalahgunaan dadah ini.

 

-SH/SF/AAS

Tinggalkan komen anda