
Oleh Mohamad Azree / Emran Ismail / Che Nor Ismail
RAUB,12 Mei (Malaysiaaktif) — Usaha penternakan kelulut inisiatif Komuniti 1Malaysia (K1M) Koperasi Sungai Pasu Raub Berhad (KSPRB) yang dimulakan sejak 2013 kini dalam proses meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan pasaran di seluruh negara.
Menurut Pengurus Pemasaran KSPRB, Fatin Ernie Fatini Mohd Zamri perusahaan madu kelulut ini mendapat peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, sebagai antara projek di bawah Program Desa Lestari.
Beliau yang ditemui baru-baru ini berkata dengan dengan sejumlah 300 koloni sarang kelulut, KSPRB mampu menghasilkan tuaian madu sebanyak antara 60 kilogram hingga 80 kilogram dengan jumlah pendapatan sebanyak RM20,000 setahun.
Tambah Fatin Ernie Fatini, pasaran produk kelulut KSPRB terbuka untuk diedarkan secara perseorangan atau pun melalui syarikat dan antara rancangan masa hadapan ialah untuk dipamerkan dan dipasarkan melalui Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).
Ladang KSPRB buat masa sekarang menggunakan dua jenis kelulut, iaitu Trigona Terminata yang lebih menjadi pilihan dan Trigona Itama.
Lebah kelulut berbeza daripada lebah biasa, kerana ia tidak tidak menyengat dan lebih mudah diuruskan. Juga, menurut beberapa kajian, madu kelulut mempunyai banyak kelebihan, termasuk kandungan vitamin dan mineral yang tinggi.