Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Malam Kilauan Cahaya Kembali Lagi Ke Istana Arau

By 12 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Anuar Che Amat

ARAU, 12 Mei (Malaysiaktif) – Malam ‘Kilauan Cahaya’ di Istana Arau akan  berlangsung pada 20 hingga 21 Mei dan seterusnya dari 27 hingga 28 Mei.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Khas kepada Raja Muda Perlis semalam, Sharizan Mansor, acara ini anjuran Pejabat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra dengan kerjasama pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Beliau berkata, Malam Kilauan Cahaya ini diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda yang ke 73.

Ia bertujuan  memberi peluang kepada pengunjung dari dalam dan luar negeri Perlis melawat perkarangan istana yang dihiasi limpahan pelbagai warna cahaya lampu neon.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang berkunjung ke Galeri Diraja Arau bagi melihat pelbagai koleksi berkaitan keluarga diraja.

Menurut Sharizan lagi, pelbagai persembahan kebudayaan, nyanyian serta pertunjukan bunga api akan diadakan pada malam tersebut.

Kenyataan tersebut turut menasihati orang ramai supaya berpakaian sopan dan mematuhi peraturan yang telah  ditetapkan untuk memasuki perkarangan istana pada malam itu.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda