Skip to main content
Berita TempatanSabahViral

Jururawat Disaran Tingkat ‘Soft Skills’ Dalam Perkhidmatan

By 11 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Zaidi Jamin (Sabah)

KOTA KINABALU, 11 Mei (Malaysiaktif) –? Para Jururawat di negeri ini disaran agar sentiasa meningkatkan ‘soft skills’ setiap masa dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Heric Corray berkata, kemahiran ‘soft skills’ merujuk ketrampilan seorang jururawat dalam berkomunikasi, berkerjasama dengan orang ramai, kemampuan menyelesaikan masalah serta mampu berfikir secara strategi dan kreatif dalam melaksanakan tanggungjawap yang diamanahkan.

Katanya, pengamalan “soft skills” merupakan satu elemen yang penting dalam perawatan kejururawatan yang memerlukan pemantauan dari masa ke masa.

 

DSC_0339

 

Sehubungan itu  setiap jururawat perlu mengamalkan pendekatan 10s yang diperkenalkan Bahagian Kejururawatan iaitu senyum, salam, segera, sentuh, sensitif, sopan dan segak yang dilancarkan pada tahun 2006 dan ditambah dengan 3s pada tahun 2008 iaitu selia, selidik dan semangat.

Heric berkata demikian semasa merasmikan Pelancaran Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa dan Perhimpunan Bulanan Peringkat HQE 2016 di Auditorium, Menara Berkembar HQE dekat sini pagi tadi.

 

DSC_0343

 

Katanya dalam  memartabatkan profesyen kejururawatan, setiap jururawat wajib melayan pesakit sebagaimana kita mahu kita dilayan jika kita terbaring di hospital.

Beliau berharap dan menyeru kepada semua jururawat supaya dapat memberi perhatian dengan segera kepada pelanggan dan di waktu yang sama jururawat perlu bertindak secara rasional mengikut keutamaan dan keperluan pesakit, dengan  perkataan lain, pesakit kritikal hendaklah diberi keutamaan.

Majlis tersebut turut diserikan dengan ceramah motivasi, persembahan koir serta lafas ikrar kalangan jururawat dan pegawai-pegawai kanan Hospital.

 

DSC_0341

 

Hadir sama Timbalan Pengarah Klinikal I, Dr. Yogendra   A/L   Panchalingam; Timbalan Pengarah Klinikal  II, Dr. Irene Chau,  Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan HQE; Puan  Jasnawati   Jasmin.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda