
Oleh: Luhat Lihan / Foto: Cassidy Lisut (Sarawak)
BELAGA, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multmedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak melancarkan Sistem Pemancar 4G yang pertama di Long Urun, pada Sabtu.
“Sistem Pemancar 4G tersebut dilancarkan di kawasan paling pedalaman di dunia. Sarawak merupakan negeri pertama yang menerima Sistem Pemancar 4D ini.
“Dengan adanya kemudahan ini, penduduk boleh berhubung bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh dunia. Kita berterima kasih kepada Digi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas usaha sama menjayakan pembinaan infrastruktur ini,” ujar Salleh lagi.
Beliau berharap kemudahan ini akan memberi manfaat kepada semua. Dengan adanya kemudahan ini anak-anak yang bersekolah dan bekerja di tempat lain mampu berhubung dengan masyarakat di sini.
“Jangan kita salah gunakan kemudahan ini. Kalau gaduh tidak ada yang untung, hanya negara akan huru-hara. Kalau kita bersatu, semua akan untung, negara akan stabil dan aman damai.
“Kalau ada maklumat yang kita terima melalui kemudahan ini, kita jangan terus percaya lebih-lebih lagi maklumat yang tidak sahih. Kita perlu semak betul-betul atau tidak.
Beliau yang ditemui pada Majlis Connecting The Unconnected di Dewan SK. Long Urun Belaga berkata, setelah dilantik sebagai Menteri KKMM, salah satu tanggungjawab yang digalasnyaa ialah memastikan komunikasi bukan sahaja perlu disediakan di bandar-bandar malah di kampung.
“Semasa kita membentuk Malaysia, harapan kita, apa-apa sahaja kemudahan yang didapati di Semananjung Malaysia, kita di Sarawak dan Sabah juga mesti merasakannya.
Beliau turut berharap agar penduduk yang sudah berdaftar akan turn mengundi pada 7 Mei ini.
“Berilah sokongan pada kepada parti pemerintah supaya Ketua Menteri kita akan terus bekerja dan membawa pembangunan yang berterusan di kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar.
Salleh juga memaklumkan tugasnya sebagai menteri adalah untuk mendengar masalah rakyat selain berusaha untuk membantu.
“Saya akan rujuk kepada Kementerian Pendidikan tentang masalah air yang dihadapi oleh sekolah ini. Kita turun padang bukan sekadar untuk berjumpa dengan rakyat, mana yang dapat kita bantu, kita akan bantu, ujar Salleh lagi.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.
SF