Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Media Sosial Popularkan Tok Nan-Nancy

By 2 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh: Genda Sating / Foto: Chua Sim Choon (Sarawak)

BETONG, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Pengaruh media sosial turut menyumbang kepada populariti kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sehingga rakyat Sarawak yang kini berada di luar negara turut berminat untuk mengenali Tok Nan secara lebih dekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Nancy Shukri berkata demikian semasa berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Pergerakan Wanita PBB Bukit Saban di Spaoh, semalam.

Tambahnya, dalam tempoh dua tahun menjadi Ketua Menteri, terdapat 53 inisiatif yang diusahakan oleh Tok Nan untuk kemajuan negeri ini.

“Justeru, kita wajar memberi mandat kepada Tok Nan untuk mentadbir negeri ini dan memastikan BN menang bergaya dengan memperoleh majoriti undi yang tinggi” ujar Nancy lagi.

Sementara itu, menurut Nancy pihak pembangkang tidak layak menghina dan memfitnah kerajaan dan kepimpinan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

“Sedarlah, kemajuan dan pembangunan di negeri-negeri pembangkang seperti yang dibanggakan oleh mereka hari ini merupakan hasil yang telah dimulakan oleh kerajaan BN sejak sekian lama”, katanya.

“Justeru, tindakan kerajaan negeri untuk tidak membenarkan individu ekstrem masuk ke negeri ini amatlah tepat”, ujar Nancy lagi.

Beliau menyeru agar wanita PBB dan rakyat di kawasan ini agar menyokong calon BN, N.37 Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia kerana beliau merupakan seorang menteri yang disegani, bersih.

“Sebagai Menteri Persekutuan, Datuk Amar Douglas Uggah banyak memperjuangkan masalah rakyat negeri ini di peringkat pusat (Putrajaya),” ujar Nancy lagi.

SF

Tinggalkan komen anda