Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

JPAM dan KL Exopetz Kongsi Maklumat Ular

By 2 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Edawati Sulaiman (Kuala Lumpur)

SETIAWANGSA, 2 Mei (Malaysiaaktif) – Umum mengetahui bahawa reptilia berbisa, ular akan keluar dari sarang atau tempat persembunyian habitat tersebut apabila keadaan cuaca panas dan kering. Isu ular kini menjadi perhatian umum apabila haiwan tersebut menyerang mangsa sehingga menyebabkan maut.

Prihatin dengan isu tersebut, Jabatan Pertahanan Awam, Malaysia (JPAM) bersama sekumpulan anak muda yang dikenali sebagai KL Exopetz berkongsi maklumat mengenai reptilia berbisa ini dalam Program Info Komuniti 1Malaysia Desa Rejang yang diadakan semalam.

Demonstrasi bersama ular-ular tedung oleh kumpulan KL Exopetz sanggat mendebarkan pengunjung-pengunjung yang datang menyaksikan persembahan mereka.  Mereka merupakan kumpulan sukarelawan yang sama-sama terlibat dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di bawah seliaan Dr. Ahmad Kadir Ismail dalam penyelidikan berkaitan ular.

Ketua Persembahan, Shahrulnizam Harun menasihatkan, “Sekiranya kita terkena gigitan ular, kita perlu kenalpasti warna dan corak ular tersebut supaya mudah untuk diberikan rawatan awal. Jangan sesekali kita cuba untuk menangkap sendiri ular jika kita tidak mempunyai kepakaran sebaliknya segera hubungi JPAM untuk membantu menangkap haiwan tersebut”.

Pegawai Operasi JPAM, Zairiman pula berkata, “Kami mengambil peluang ini untuk memberikan maklumat kepada masyarakat tentang bahaya ular dan rawatan awal yang perlu diketahui apabila seseorang itu terkena gigitan ular. Kami bekerjasama dengan KL Exopetz yang merupakan pakar berkaitan ular bagi membuat persembahan hari ini”.

KL Exopetz turut menganjurkan kursus rawatan awal gigitan ular atau First Aid Course For Snakebites (FACS) bagi mereka yang berminat.

Tinggalkan komen anda