Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

286 Anggota Polis Undi Awal Hari Ini di Sg Besar

By 14 Jun 2016Jun 15th, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

  Oleh : Muhammad Rizal Redzuan 

SUNGAI BESAR, 14 Jun (Malaysiaaktif) -Menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) seramai 286 orang anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta mereka yang layak sedang melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada hari ini.

Pengundian awal ini sedang dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sabak Bernam.

Ini melibatkan 265 orang bagi peti undi Dewan Undangan Negeri N.03 Sungai Panjang yang dibuka mulai pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Manakala bagi peti undi Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 04 Sekinchan, seramai 21 orang akan mula membuang undi mulai pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Tiga orang anggota PDRM Orang Kelainan Upaya Turut Mengundi DUN Sungai Panjang.

 

IMG-20160614-WA0006

Cuaca hari ini adalah baik semasa proses pengundian dijalankan.

Pilihan Raya Kecil P093 Sungai Besar diadakan akibat daripada kematian bekas ahli Parlimennya Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon akan menyaksikan pengundian awal pada hari ini.

DK

Tinggalkan komen anda