
Oleh Muhammad Rizal Redzuan
SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bersama isterinya sebentar tadi tiba ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau di sini untuk mengundi dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar P.093.
Turut bersama beliau, ayahnya, Mohd Zohdi bin Abdullah,71, dan ibunya Fatona Saimin, 61 yang juga merupakan pengundi di kawasan ini.
Budiman mengundi di saluran dua, manakala ibu dan ayahnya di saluran satu.
Budiman meninggalkan pusat mengundi pada pukul 8.50 pagi.