
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa
SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Pengantin Baharu, Chia Ka Lung, 26, hari ini turut sama menunaikan tanggungjawabnya untuk mengundi di pusat mengundi di SK Seri Utama.
Chia Ka Lung, seorang peniaga bersama pasangannya, Law Mei Theng, 23, berasa sangat teruja dengan pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan itu.
“Kami telah merancang untuk berkahwin pada tarikh hari ini sejak enam bulan yang lalu. Jadi hari ini pastinya memberikan kenangan yang manis kepada kami berdua,” katanya yang telah dua kali mengundi di pusat mengundi yang sama.
Bagi isterinya pula, dia berasa bahawa hari ini ibarat hari bertuah buat suaminya yang memberikan gambaran positif kepada perkahwinan mereka.
“Selepas ini kami akan bertemu dengan lebih 1000 keluarga dan sahabat handai mereka bagi meraikan pengantin petang ini,” jelasnya teruja.
Hadir sama empat lagi ahli keluarga mereka yang turut mengundi.