Skip to main content
Berita TempatanSabah

KKIA Siap Sedia Terima Perantau Pulang Beraya

By 27 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh : Asmidar Zainol & Saiful Rahman Sabri (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Jun (Malaysiaktif) – Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bersiap sedia menerima kepulangan perantau yang bakal pulang ke Sabah sempena perayaan Aidilfitri ini.

Menurut Pengurus Kanan KKIA, Sunif Naiman, pihaknya telah meningkatkan keupayaan perkhidmataan bagi melincinkan proses keluar masuk penumpang di lapangan tersebut.

Imigresen menambah kakitangannya pada musim perayaan bagi melancarkan proses pendaftaran di kaunternya.

Imigresen menambah kakitangannya pada musim perayaan bagi melancarkan proses pendaftaran di kaunternya.

“Kita menjangkakan peningkatan sebanyak 0.02 peratus daripada 18 ribu penumpang sehari disebabkan perantau yang pulang beraya dan juga pelancong luar serta dalam negara yang mengambil kesempatan bercuti di sini.

“Kemudahan di lapangan terbang ini dipastikan dalam keadaan baik supaya tidak menggangu kelancaran pergerakan penumpang, di samping menambah kakitangan keselamatan untuk pemeriksaan penumpang di bahagian pemeriksaan keselamatan bagi mengelak penumpang berbaris panjang di pintu pelepasan,” jelas beliau.

Bermula Januari lalu, KKIA  berkerjasama dengan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu (DBKK), Polis Diraja Malaysia (Unit Trafik) dan Pasukan Gerak Am (PGA) bagi melincinkan dan memudahkan proses pendaftaraan keluar dan masuk penumpang, keselamatan penumpang serta kesesakan lalu lintas di pintu masuk pelepasan dan ketibaan.

Maklumat daripada pihak berkuasa menunjukkan, sebanyak 2,163 saman telah dikeluarkan oleh pihak Polis Trafik kepada kenderaan-kenderaan di kedua-dua pintu atas pelbagai kesalahan.

Justeru, para pengguna kenderaan dinasihati agar dapat mengikuti peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelak kesesakan dan daripada dikenakan tindakan.

Sunif turut memaklumkan berlaku peningkatan penumpang sebanyak lima peratus, iaitu seramai 2.82 juta orang dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding 2.68 juta orang dalam tempoh sama tahun lalu.

Tambahnya, peningkatan itu disebabkan oleh ketibaan pelancong asing seramai 829, 913 penumpang berbanding 655, 768 penumpang antara Januari hingga Mei tahun lalu, berbanding ketibaan pelancong domestik yang menurun 1.9 peratus kepada 1.9 juta penumpang berbanding 2.03 juta penumpang bagi tempoh sama.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat mengenai perkembangan Terminal 1 selepas enam bulan perpindahan Operasi Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia ke terminal tersebut, semalam.

-SH

Tinggalkan komen anda