Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Berhenti Kerja Kerajaan Untuk Bantu Anak-Anak Terbuang

By 27 Jun 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka / Foto: Noor Ummi

MELAKA, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Akibat kerap berlakunya kes pembuangan bayi, hati Noor Ummi, 37 terpanggil untuk mengambil anak angkat agar dapat memberi perlindungan dan kasih sayang kepada anak-anak yang tidak diingini itu.

Sehingga hari ini, beliau mempunyai dua orang anak kandung dan sembilan orang anak angkat yang berumur 3 hingga 10 tahun, yang dibela sejak bayi.

“Keluarga pada mulanya membantah, tetapi akak perlu buktikan kesungguhan untuk membantu anak-anak ini dengan berkongsi rezeki dan kasih sayang bersama mereka,” ujarnya.

Tambahnya, mereka suami isteri yang bekerja sebagai penjawat awam terpaksa berhenti kerana kekangan masa dan pendapatan yang tidak mencukupi, lantas mengambil keputusan untuk berniaga sendiri.

e7b5ebec-977b-4469-8ec7-452d2e324f10

Ditanya cabaran menjaga 11 orang anak, Noor Ummi berkata, sememang ada dugaan, anak yang datang dengan kudis kemudian berjangkit dengan anak yang lain terpaksa diatasi dengan menghantar ke hospital.

“Tetapi bagi anak angkat yang sumbing, kami terpaksa meminta bantuan dana kerana kos yang agak tinggi. Selepas pembedahan pula kesabaran diuji kerana agak sukar menjaga anak yang lukanya pada bahagian mulut dan hidung,”jelasnya.

Malaysiaaktif turut bertanya rutin harian beliau ketika menguruskan anak-anak yang bersekolah, kata Noor Ummi, anak-anak memang telah dilatih untuk bersiap sedia ke sekolah dari pakaian sampailah buku.

“Akak memang akan minta anak-anak pastikan semuanya dalam keadaan yang baik dan bersedia. Dalam bulan Ramadhan anak-anak akan bangun seawal 5 pagi dan  bersahur seterusnya solat Subuh dan terus dihantar ke sekolah,”ujarnya.

Menurut Noor Ummi, buat masa ini tiada mana-mana pihak yang memberi sumbangan secara tetap atau bulanan. Semua ditanggung sendiri oleh mereka suami isteri. Ada sesekali sahabat akan menderma untuk keperluan anak-anak.

Tentang persediaan menyambut Aidilfitri tahun ini, katanya beliau telah membuat persediaan seawal Mac lepas.

“Baju ditempah pada bulan tiga dan kemudian akak bayar ansuran sampai lengkap semua sebelum puasa. Kemudian akak akan tambah apa-apa keperluan kemudian. Begitu juga bila sekolah nak bermula akak akan bersedia dua bulan lebih awal, maklumlah anak ramai, belanja pun banyak,” katanya.

“Akak akan pastikan baju anak-anak sedondon untuk raya. Pengalaman yang lucu apabila jiran terkejut melihat anak kami ramai sewaktu di pasaraya. Ada yang mengira dan ada yang bertanya macamana akak boleh beranak sekali ramai. Akak gelak dengar bermacam soalan dari orang kehairanan,”ujarnya.

707bd84d-7427-416e-bf7b-d397528004a2

Untuk memudahakan pergerakan, beliau berharap untuk memiliki sebuah kenderaan yang boleh memuatkan semua anaknya.

“Sebab bila musim raya atau nak balik kampung kami menghadapi masalah pengangkutan kerana kenderaan yang ada tak cukup luas. Sampai kadangkala terpaksa meninggalkan beberapa orang anak kerana kereta sempit,”katanya.

Selain tu, beliau berharap agar anak-anak cemerlang dalam pelajaran dan menjadi insan yang berguna dunia akhirat.

Malaysiaaktif turut bertemu dengan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kanak-kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tuan Noor Rosniza Tuan Puteh, bertanyakan prosedur pengambilan anak angkat.

Menurutnya, tidak sukar untuk mengambil anak angkat asalkan kena cara dan prosedur yang betul.

“Terdapat syarat-syarat yang JKM telah tetapkan dalam proses pengambilan anak angkat. Antaranya, seseorang itu perlu rakyat tempatan yang sudah lima tahun berkahwin, pendapatan yang mampu dan juga bebas dari rekod jenayah,” katanya.

Menurutnya, pada Januari hingga Jun 2015, banyak permohonan pengambilan anak angkat yang diterima, namun tiada yang berjaya, begitu juga pada tahun ini pada tempoh yang sama kerana tidak memenuhi syarat.

“Pengambilan anak angkat ini sesuatu isu yang dipandang serius, penjaga perlu benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi memastikan  kepentingan dan masa depan kanak-kanak terjamin,”ujarnya.

Bagaimanapun pemohon dinasihatkan agar tidak berputus asa dan permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web JKM atau datang sendiri ke JKM daerah masing-masing.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda