Skip to main content
Berita TempatanSabah

20 Pegawai USIA Dihantar ke Daerah Tingkatkan Dakwah

By 27 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Asmidar Zainol & Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Jun (Malaysiaktif) – Seramai 20 pegawai Pertubuhan Islam Sabah (USIA) bakal dihantar ke beberapa daerah di negeri ini sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan dakwah Islam.

Yang DiPertua USIA, Tun Dr Hj Sakaran Dandai berkata, pegawai-pegawai berkenaan ditugaskan untuk mengajar subjek pendidikan agama, membaca Al Quran, ilmu Tauhid dan juga akademi.

“Melalui pendidikan ini, kita berharap USIA dapat melahirkan anak-anak yang berilmu, beriman dan mempunyai akhlah dan budi perketi yang tinggi  untuk masa hadapan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Yang Dipertua USIA bersama anak-anak yatim di sini, semalam.

Menurut beliau, USIA dalam proses membangunkan tanahnya untuk membina bangunan di Semporna, Tawau, Putatan dan Sembulan untuk meningkatkan pendidikan agama di samping membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang menganggur.

Kini, USIA telah membuka 27 cawangan di Sabah termasuk sebuah cawangan baharu bakal di Pitas dan sebuah lagi masih dalam perancangan.

Tun Sakaran juga menyeru kepada kerajaan pusat dan negeri serta orang perseorang agar turut menyumbang dana, ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan bagi manfaatkan bersama khususnya kepada masyarakat Islam di negeri ini.

-SH

Tinggalkan komen anda