Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelakaViral

Nenek Azizah Antara Penerima ‘Sekampit Beras Sekilo Gula’

By 20 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

JASIN, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Sepanjang 23 tahun tinggal di Taman Sri Chin Chin di sini, nenek Azizah Md Juah, 81, seringkali kelihatan merayau di kawasan sekitar hingga penduduk taman, termasuk kanak-kanak kenal dengan beliau.

Menurut seorang penduduk, Salwa Hj Amir, 51, ibu mertua beliau akan keluar merayau seawal pagi selepas makan dan hanya balik untuk makan atau singgah sebentar mengambil payung jika hari hujan, beliau tidak pernah mengganggu orang.

“Mak akan balik biasanya sebelum maghrib, dan kalau waktu-waktu itu dia belum ada di rumah, saya akan keluar pula mencari dia,”jelas Salwa.

Seingat Salwa, ibu mertuanya sudah lama begitu, setiap hari merayau sekitar 14 lorong taman tersebut.

“Apa yang lucu, adakalanya mak akan balik dengan plastik penuh dengan makanan. Adakalanya dia membawa kuih dan minuman sedekah daripada orang kampung yang melihat mak merayau,”ujar Salwa.

Tambahnya, dia tidak bimbang akan keselamatan ibu mertuanya kerana dia hanya merayau sekitar taman. Lagipun, penduduk taman dan kanak-kanak mesra dengan ibunya.

“Mula-mula dulu memang kami dicemuh, namun apa daya saya untuk menghalangnya keluar merayau, kerana dia tidak betah duduk lama di rumah. Lama kelamaan, penduduk kampung mulai menerimanya,” jelas Salwa.

Semalam, nenek Azizah antara penerima sempena Program ‘Sekampit Beras Sekilo Gula’ anjuran bersama Politeknik Melaka dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Merlimau yang disampaikan oleh isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Merlimau, Datin Zalifah Omar.

Turut menerima sumbangan dari rumah ke rumah itu lima keluarga penduduk Taman Sri Chinchin.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda