Skip to main content
Berita TempatanMelaka

Penjual Di Pasar Besar Melaka Patuhi Syarat KPDNKK

By 20 Jun 2016Jun 29th, 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) baru-baru ini telah mengarahkan agar peniaga basah meletakkan tanda harga merah jambu pada makanan yang dijual.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Melaka Hamzah Mahadi berkata peniaga yang gagal meletakkan tanda harga merah jambu bagi barang terkawal boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau kompaun sehingga RM5,000 bagi individu atau maksimum Rm20,000 atau kompaun RM10,000 bagi syarikat.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati rata-rata peniaga di Pasar Besar Melaka meletakkan tanda harga tersebut seperti mana yang disarankan dalam pelaksanaan Skim Kawalan Harga sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

e6404580-38ab-4c2a-b861-16ea2af34d01

Harga ayam dijual RM7.90 sekilogram iaitu harga yang telah ditetapkan KPNDKK.

 

Harga ayam dijual RM7.90 sekilogram iaitu harga yang telah ditetapkan KPNDKK namun mengundang reaksi daripada penjual apabila harga ini dikuatkuasakan tiga minggu sebelum raya berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu seminggu sebelum dan selepas raya.

Peniaga ayam, yang mahu dikenali sebagai Zali, 42, berkata dia terpaksa menjual ayam tempatan mengikut harga ditetapkan walaupun tidak mendapat untung yang tinggi.

“Saya boleh menjual dengan harga yang rendah namun keuntungan kami hanya beberapa sen sahaja, sebab kami dapat harga yang tinggi daripada pembekal,”katanya.

Beberapa pembeli juga turut kecewa dengan harga barangan walaupun dijual di bawah harga kawalan.

Pembeli, Abu Bakar Baba, 73, berkata walaupun beliau jarang berkunjung ke pasar, namun masih terkesan dengan kos yang ditanggung ketika berbelanja disitu.

“Harga barang sekarang memang mahal, apatah lagi jika tidak dikawal. Nilai wang Rm50 yang dibajetkan untuk berbelanja hanya dapat membeli beberapa barangan sahaja,”keluhnya.

8b389306-b3de-4fed-8ca7-da4f27d616e3

“harga barangan mentah sekarang tinggi…”

 

Peniaga bazar Ramadan, Rahmah Rahmat,57, berkata harga barangan mentah sekarang tinggi, dan beliau yang berniaga dipasar Ramadan juga tidak memperoleh untung yang banyak.

“Tahun ini jualan makcik masih belum dapat untung walaupun ini puasa ke-15. Ditambah lagi dengan kos sewa tapak bazar untuk sebulan, makcik hanya berharap agar hujung Ramadan ini, jualan makcik sekadar dapat pulangan modal,”ujarnya.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda