
Oleh Muhammad Rizal Redzuan
SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Pusat Mengundi Sungai Limau sebentar tadi menerima pengundi tertua di kawasan Sungai Besar, iaitu Asmah binti Kassan yang berumur 107 tahun.
Beliau yang dibawa oleh anaknya ke pusat mengundi Sungai Limau menjadi tumpuan wartawan setibanya untuk menjalankan tanggungjawab demokratiknya.
Jumlah keseluruhan pengundi di sini adalah seramai 1,265 orang yang terdiri daripada 639 lelaki dan 626 wanita.
Terdapat tiga saluran mengundi di sini untuk sejumlah 42,655 pengundi berdaftar, di mana 21,261 daripadanya adalah lelaki dan 21,394 wanita.