Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Harap Kejutan Berlaku – Azhar Shukor

By 18 Jun 2016Oktober 4th, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Calon Parti Amanah, Azhar Ab Shukor tiba bersama isterinya Nor Adzimah Hasanuddin pada sekitar pukul 9.20 pagi untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Utama di sini.

Menurutnya, Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar kali ini dilihat berjalan secara aman apabila semua calon, dan pengundi boleh bersama, tidak kira Parti Amanah, PAS mahu pun Barisan Nasional.

“Dengan keadaan cuaca yang panas, saya lihat semakin ramai pengundi yang mula datang. Bahkan saya boleh katakan di sinilah yang paling ramai berbanding dua tempat yang saya lawati sebelum ini, iaitu di Dewan Bagan Sungai Besar dan Dewan Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Jamaah.

“Saya harapkan semakin ramai yang akan keluar mengundi kerana cuaca mendung pagi ini sudah bertukar panas.

“Pakatan sebenarnya membentuk pakatan yang kuat khasnya orang yang kecewa kepada UMNO. Jadi saya harap kejutan yang besar yang berlaku setelah undi ditutup pada 5.00 petang nanti,” jelasnya.

Sementara itu, ibunya Datuk Ab Shukur Haji Sirat dan Datin Dzan Mansor akan mengundi di di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Haji Dorani.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda