Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

PRK Sg. Besar:Ahmad Maslan Mahu Azmin Segera Buat Pilihan

By 10 Jun 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad mahu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali segera membuat pilihan sama ada memilih calon PAN atau PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

“Kedudukan Menteri Besar Selangor kini seperti konsep Cash 22. Kita nak buat sedikit cabaran kepada Azmin supaya buat pilihan. Jangan main atas pagar begitu. Kalau nak sokong dua-dua bagus juga. Maka rosaklah undi.

“Mohon Azmin beri kata putus supaya undi tidak rosak. Tapi kalau buat juga pasti menguntungkan BN. Elok la buat kenyataan undi mana,” ujarnya dalam sidang media di Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, di Hotel Komp1t, di sini petang tadi.

Sementara itu, Ahmad Maslan turut menyatakan yang dia tetap akan memanggil parti Amanah sebagai PAN walaupun parti tersebut mahu dipanggil sebaliknya.

“Pan ialah kuali. Saya akan terus memanggil mereka PAN. Kalau nak, kena tukar akronim lain. PAS dan PAN ialah keluaran PAS. Mereka ini berselindung atas nama yang indah walhal mereka tidak seindah mana.

“Berkenaan calon PAN, Ustaz Azhar Abdul Shukur, sudah terang lagi bersuluh DAP menyokong PAN dari segi kehadiran mereka dan kenyataan pemimpin.

“Saya nak pesan pengundi agar berfikir panjang sebelum memangkah PAN kerana DAP sangat rapat dengan PAN,” tegas Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan juga yakin BN akan terus mengekalkan ahli parlimen di Sungai Besar untuk menyambung milik parti mereka sebelum ini.

“Kita bukan nak rampas tapi hanya nak kekalkan. Moto “Kekal BN” itu tepat. Kalau dahulu 399 majoriti, saat itu 5 Mei 2013, gerak kerja arwah mungkin sudah berbeza. Kini gerak kerja calon BN, Budiman sebagai ADUN pasti akan mengubah senario Pilihan Raya Umum (PRU)13.

“Berkenaan sentimen pengundi Cina di sini, tindakan Budiman yang bertemu dengan pengundi Cina pada 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada setiap hari dilihat sebagai personal touch yang bagus untuk menarik undi.

“Kalau PRU 13, faktor kekurangan Cina mengundi pasti takkan sama dengan sekarang. Yang sokong pembangkang dulu bencikan kerajaan. Saya sarankan penyokong DAP tak payah balik mengundi,” jelas Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan juga menganggap isu aspek papan iklan provokasi sebagai DAP dah habis modal.

“Mereka ini dah langgar tataetika pilihan raya . Saya nak tanya bila SPR menyiasat BN? Bila BN didenda kerana rasuah? Sampai keluarkan papan iklan “BN rasuah, Rakyat susah”.

“Jangan kerana satu dua pemimpin BN buat, nak salahkan semua. BN tidak setuju sama sekali dengan perkara tersebut. Di Sungai besar tuduh pasal rasuah di Kuala Kangsar pun sama,” ujar Ahmad Maslan lagi.

Sebagai Pengerusi Biro IT UMNO Pusat, apabila ditanya tentang strategi BN Maslan masih mahu menyimpannya.

“Biarlah rahsia. Perkara strategi PRK ni tak perlu diumumkan,” ujarnya.

Ahmad Maslan hadir di Sungai Besar bersama enam orang doktor perubatan dan pergigian yang mewakili UMNO luar negara dalam rangka kerjanya untuk bertemu penduduk tempatan bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

 

DK/AAS

Tinggalkan komen anda