Skip to main content
Berita TempatanSabah

Program PVATM Perlu Sokongan Masyarakat – Tawfiq

By 3 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh: Muhammad Khairul Azad Yunus & Johny George Kimlon (Sabah)

KOTA KINABALU, 3 Jun (Malaysiaktif) –? Masyarakat digesa menyokong dan membantu program-program anjuran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).

Demikian kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan ketika merasmikan Majlis Penamat Kayuhan Basikal Veteran ATM Jelajah Borneo, pagi tadi.

Tawfiq yang dilantik menjadi Penasihat PVATM Sabah berkata masyarakat perlu tampil membantu setiap aktiviti PVATM seperti pungutan derma tabung perwira sebagai menghargai segala pengorbanan mereka mempertahankan tanah air.

“Kita perlu buka mata bahawa ada dalam kalangan veteran ATM yang masih memerlukan bantuan, sedangkan kemakmuran hari ini adalah daripada keringat pejuang-pejuang terdahulu,” ujarnya.

Menyentuh kayuhan tersebut, beliau berbangga kerana kewujudan PVATM Sabah dilihat sebagai sebuah persatuan yang aktif dan sentiasa menyumbang kepada pembangunan masyarakat selain mempamerkan semangat juang yang luar biasa tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.3Larian Penamat Kayuhan (7)

Pengayuh basikal, Kapten (B) Zulkiflie Ibrahim, 46, berkata perjalanan yang bermula pada 19 Mei itu mengambil masa 14 hari untuk melalui jarak keseluruhan sejauh 1,400 kilometer.

Katanya, cabaran besar yang dihadapinya ialah keadaan bentuk muka bumi sepanjang laluan serta terpaksa menempuh musim hujan.

“Walaupun mengharungi pelbagai cabaran, pengalaman kali ini sangat menarik kerana saya dapat menikmati keindahan Sabah di sepanjang laluan.

“Saya ingin menjemput penggemar sukan berbasikal dari dalam dan luar untuk merasai sendiri pengalaman ini kerana Sabah mempunyai laluan jelajah berbasikal yang menjanjikan cabaran serta keistimewaan yang tersendiri,” jelasnya.

Beliau yang bersara sebagai Pegawai Tadbir di Regimen 507 Kem Paradise Kota Belud menjelaskan jelajah berkenaan juga membawa mesej ‘Share The Road’ iaitu memupuk kesedaran dan mengamalkan budaya berhemah dan bertoleransi demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

Tambahnya, mereka juga ingin menunjukkan kepada masyarakat bahawa ahli-ahli PVATM sarat dengan semangat juang dan sentiasa bersedia pada bila-bila masa jika diperlukan negara.

SF

 

Tinggalkan komen anda