Skip to main content
Berita TempatanSabah

BAKISA Perkasa Suai Kenal Dekati Masyarakat

By 3 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Zuraidah Ahmad & Johny George Kimlon (Sabah)

KOTA KINABALU, 3 Jun  (Malaysiaktif) –? Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Sabah (BAKISA) memperkasa pendekatan suai kenal sebagai strategi mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.

Menurut Pengerusi Biro Lawatan, Datin Diana Wazir pendekatan seumpama berkesan dan lebih digemari masyarakat di kampung berbanding lawatan secara peribadi.

Justeru, beliau mencadangkan pendekatan tersebut dilaksanakan secara konsisten di samping melibatkan peranan ahli Bakisa dalam usaha membantu tugas suami mereka menghadapi pilihan raya.

“Berdasarkan pengalaman, saya dapati lawatan berbentuk suai kenal melibatkan ahli-ahli Bakisa yang lain lebih diterima baik dan digemari masyarakat kampung.

“Bagi mereka, bukan lawatan yang menjadi perkara asas tetapi informasi serta hubungan mesra yang dijalinkan dengan isteri wakil rakyat itu adalah lebih penting.

“Menerusi pendekatan itu, Bakisa berpeluang memperkenalkan serta memainkan peranan mereka untuk membantu suami mendekati masyarakat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya yang tidak lama lagi,” ujarnya.Bakisa AJK Lawatan 1

Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Dewan bagi Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan itu, di Rumah Bakisa dekat sini petang tadi.

Mengulas tentang pembentukan ahli jawatankuasa baharu menjelang AGM, Diana menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan ahli-ahli.

Sama ada dipilih semula atau tidak, katanya, dia tetap akan memberikan komitmen yang tinggi dan setia kepada badan berkenaan.

Harapan beliau, penggantinya nanti akan lebih proaktif dan menumpukan kepada misi lawatan yang lebih komprehensif.

SF

Tinggalkan komen anda