Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

[VIDEO] Mula Sekolah Setelah 13 Tahun Tiada Kad Pengenalan

By 3 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Dila Khamde / Foto: Muhamad Rizal Redzuan

SUNGAI BESAR, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Tidak memperoleh kad pengenalan sejak lahir menyebabkan adik Suriani Abdul Hafiz, 13 tidak dapat ke sekolah seperti kanak-kanak lain sebayanya.

Membesar di Sungai Besar bersama dua lagi adiknya, Muhammad Aiman, 11 dan Muhammad Izham, 5, persekolahan mereka tertangguh akibat lewat melaporkan diri.

Menurut ibunya, Siti Rohana Abdul Ghani,32, perkara tersebut berlaku disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang prosedur dan sumber rujuk.

Tambahnya, keadaaan keluarganya yang susah, tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai pemandu trektor turut menjadi faktor.

Keprihatinan wakil Jabatan Penerangan Malaysia telah membantu tiga beradik ini untuk memperoleh kad pengenalan dan surat beranak daripada Jabatan Pendaftaran dan seterusnya memulakan alam persekolahan seperti murid-murid lain.

Suriani kini mula menarik nafas lega apabila akan memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah Tok Khalifah pada 13 Jun ini.

Selain masalah ketiadaan kad pengenalan, keadaan rumah mereka turut menjadi perhatian apabila bahagian belakang rumah roboh akibat banjir dan angin kencang yang berlaku  malam semalam.

IMG-20160603-WA0025

Nenek Suriani, Salmah Mat Jalal, 66 berkata mereka sudah 10 tahun tinggal di sini, kawasan sungai yang dibeli adalah dari tanah rezab.

“Jalan yang kecil dan kewujudan haiwan seperti ular dan buaya akibat air yang naik menyukarkan mereka untuk duduk di tempat yang selesa. Saya mohon untuk dapat tempat yang selesa supaya tidak perlu berpindah-randah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Cawangan Tebuk Jaya Parit 13, Muhammad Jinal Pangat, 53 turut memohon pihak berkenaan untuk mempercepat proses bantuan rumah kerana kawasan tersebut kerap dilanda banjir.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Haji Ibrahim Abdul Rahman telah memberikan sumbangan pakaian sekolah dan barangan dapur kepada keluarga Siti Rohana Abdul Ghani.

SF

Tinggalkan komen anda