Skip to main content
Berita TempatanSabah

?Kumpulan Sawit Kinabalu Komited Tingkat Produktiviti Atasi Kejatuhan Harga

By 18 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: ?Muniyamma a/p Marapen & Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 18 Julai (Malaysiaktif) –? Kumpulan Sawit Kinabalu komited untuk meningkatkan produktiviti bagi mengatasi masalah kejatuhan harga minyak kelapa sawit di pasaran dunia.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Othman Walat, lambakan produk kacang soya dan pengurangan bekalan minyak sawit di pasaran dunia mempengaruhi kejatuhan harga minyak sawit sekali gus menjejaskan ekonomi negara.

“Keadaan cuaca panas dan peningkatan gaji minimum pekerja tempatan kepada RM970 mulai Julai tahun ini juga merupakan kesan kepada pengeluaran sawit pada masa ini,” kata Othman kepada media dalam Majlis Rumah Terbuka Kumpulan Sawit Kinabalu di pekarangan pejabatnya pada Sabtu.

Selain itu, Othman turut menjelaskan kumpulan itu juga sedia bekerjasama dengan syarikat dan sektor perladangan yang ingin memberi pelepah kelapa sawit yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber makanan ternakan seperti kamping, lembu dan kerbau.

Tetamu kehormat, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman dan isteri, Datin Seri Panglima Faridah Tussin hadir ke majlis tersebut.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran penyanyi tersohor, Datuk DJ Dave yang menyampaikan beberapa buah lagu raya.

SF

Tinggalkan komen anda