Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sukarelawan Pelajar Bantu Tangani Masalah Penagihan Dadah – Jainab

By 18 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: ?Muniyamma a/p Marapen & Gimpas @James Ghani (Sabah)

KOTA KINABALU, 18 Julai (Malaysiaktif) –? “Para pelajar di negeri ini akan dilibatkan sebagai ahli sukarelawan bagi membantu masyarakat menangani masalah penagihan dadah”.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid, pelajar serta ibu bapa mereka digalakkan menyertai aktiviti sukarelawan melalui badan – badan beruniform yang berperanan memberi pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan.

Selain itu, katanya, rokok elektronik, Vape juga menjadi trend penagihan terkini dalam kalangan masyarakat iaitu dengan mencampurkan dadah ke dalam cecair vape bagi mengaburi pihak penguat kuasa.

Menurutnya, berdasarkan statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) jumlah penagih dadah pada 2014 adalah seramai 1031 orang berbanding 2015 pada 900 orang penagih.

“Melalui beberapa program kesedaran dan aktiviti sosial jumlah penagih dadah dapat diturunkan secara berperingkat bagi Januari hingga Jun tahun ini hanya 467 orang,” jelasnya kepada media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Perdana Maktab Sabah, pada Jumaat lepas.

Tambah Jainab, AADK dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) sentiasa memberi galakan dan ?berkerjasama dengan ?jabatan dan agensi kerajaan ?serta badan bukan kerajaan untuk ?menangani masalah pengedaran dan penggunaan dadah musuh nombor satu negara.

SF

Tinggalkan komen anda