
Oleh S. Shanmuganathan (George Town)
GEORGE TOWN, 24 Julai (Malaysiaaktif) – Peminat filem Tamil di Pulau Pinang kini dilanda demam ‘Kabali’ sejak filem itu mula ditayangkan dua hari lepas.
Sehingga petang semalam, hampir semua akhbar harian bahasa Melayu dan Tamil menyiarkan artikel berkenaan filem yang ditayangkan di kebanyakan panggung wayang di Pulau Pinang ini.
Penampilan pelakon terkenal India, Rajinikant, dikatakan turut menyumbang kepada sambutan hangat filem ini.
Menurut seorang peminat tempatan, Thavakumari, 41, filem ini memaparkan jalan cerita yang menarik dan menimbulkan keinginan untuk menontonnya berulang kali.
Tambah Thavakumari, dia memang meminati Rajinikanth sejak dari dulu lagi, antaranya termasuklah filem “Muthu”, “Annamalai” dan “Sivaji The Boss”.
Seorang lagi peminat yabg ditemui Malaysiaaktif, Nassier Hashim, 40, turut tidak ketinggalan menonton filem ini.
Nassier yang meminati filem-filem lakonan Rajinikanth memuji filem yang menonjolkan kolaborasi antara pelakon India dan Malaysia ini.
Tambah Nassier, filem ini sedikit sebanyak mempromosikan pada tempat-tempat menarik di Malaysia kepada masyarakat luar.
Sebanyak 80 peratus lokasi pengambaran filem Kabali telah dijalankan di Malaysia, manakala selebihnya di India dan beberapa negara lain.
Filem yang mengangkat Rajinikanth sebagai pelakon utama ini turut membariskan beberapa pelakon tempatan dari Malaysia seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim dan Zack Taipan.