Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Festival Cerita Rakyat Antarabangsa Sabah Meriah

By 29 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Muhammad Shahriz Misal & Ahmad Marif Hj.Ag.Damit (Sabah)

KOTA KINABALU, 29 Jul (Malaysiaktif) –? Festival Cerita Rakyat Antarabangsa Sabah (SIFF) 2016 ke-11 amat mempersona dan berlangsung meriah dengan penglibatan 210 orang peserta dari 11 buah negara.

Setiap negara berpeluang menunjukkan tarian kebudayaan masing-masing pada perarakan yang bermula dari Suria Sabah Shopping Mall diikuti di Lintasan Deasoka dan diakhiri di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu petang Selasa.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, perarakan itu memperlihatkan kepelbagaian budaya dari negara luar.2

“Festival seperti ini memberi manfaat kepada masyarakat sabah untuk melihat sendiri tarian unik pelbagai negara yang mengambil penyertaan.

“Diharap festival ini akan diteruskan pada setiap tahun dengan penambahan penyertaan dari negara luar.

“Dengan ini saya mempelawa negara terlibat untuk melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di Kota Kinabalu,” ujarnya.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Bahari Hassan.

Tambahnya, SIFF merupakan acara bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan alam sekitar melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah bagi mempromosi pelancongan berasaskan kebudayaan.

Penganjuran acara berkenaan adalah untuk mempromosi persefahaman, keamanan, persaudaraan, pelancongan dalam kalangan negara peserta dan memperkenalkan Sabah sebagai tempat pelancongan menarik berasaskan budaya.

SF

Tinggalkan komen anda