Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Pencak Silat-Walau Jauh, Stadium Tertutup Samarahan Masih Terbaik

By 29 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad /Foto: Razali Eli

KUCHING, 29 Jul (Malaysiaktif)-Stadium Tertutup Samarahan, lokasi pertandingan Pencak Silat Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII Sarawak 2016 membawa kejayaan sebagai lokasi terbaik walaupun terletak jauh dari bandar Kuching.

Stadium tersebut lengkap dengan segala kemudahan seperti pendingin hawa, lengkap dengan alat-alat sukan, bersih dan cantik.

Menurut Pegawai Tadbir dari Pejabat Bahagian Samarahan, Ahmad Abdul Razak, 43 dan selaku Pengurus Lokasi bagi Pencak Silat, dia sangat berpuas hati kerana tidak ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.

“Tempat ini adalah paling sesuai kerana semua kemudahan cukup untuk kemudahan peserta dan penonton termasuklah tandas yang sentiasa dipastikan bersih.

“Semua peserta dan penonton juga memberikan kerjasama dengan mengikut arahan dari semasa ke semasa,” tambahnya.

Penyokong dalam keadaan terkawal

Penyokong dalam keadaan terkawal

Bagi ASP Abang dari IPK Samarahan berkata keselamatan semuanya terkawal dan tidak ada apa-apa berlaku semenjak perlawanan berlangsung dari 21 Julai hingga 29 Julai.

“Seramai 20 orang anggota ditugaskan dengan dua shift yang diketuai oleh seorang ASP dan seorang Inpektor yang bertugas dari 7.00 pagi hingga 11.00 malam,” jelasnya yang ditemui selepas tamat acara pencak silat di Stadium Tertutup Samarahan, petang tadi.

IMG_3645

Anggota RELA yang bertugas

Anggota RELA, Azizah Mat, 20, dari Kampung Niup sebagai petugas SUKMA, dia mengatakan sepanjang temasya pencak silat, tugas mereka sangat lancar tanpa ada kekacauan berlaku di lokasi.

Bagi Ketua Pertandingan Silat, Mohd Faid Musa, 58, yang berasal dari Perak, pembangunan dan persiapan Seni Silat di Sarawak memang dalam persiapan rapi cuma lokasi sahaja agak jauh dari bandar maka dengan itu tidak ramai yang datang menonton.

“Silat di Sarawak sejak dipimpin oleh Haji Hanif sebagai Presiden Rumpun Silat Sarawak (RSS) Sarawak, banyak membawa perubahan dan lebih mencelah dari segi permainan dan kelincahannya.

“Tentang disiplin pula saya berpuas hati kerana baik pihak peserta sendiri mahupun penyokong yang datang. Saya ingin mencadangkan agar pertandingan silat yang akan datang dibuat dekat dengan bandar supaya peminat dan penonton dapat datang beramai-ramai,” jelasnya lagi.

Peserta akhir silat juga cukup bersiplin

Peserta akhir silat juga cukup bersiplin

Dalam pada itu, Guru Silat Warisan Penangkis Alam di Tabuan Melayu, Kuching , Haji Pozi Abdul Rahman, 56, yang berasal dari Sibu mengatakan penyokong sangat berdisiplin dan tidak begitu agresif apabila perlawanan silat berlangsung. Di samping itu, saya harap peserta silat pada masa akan datang agar lebih tekun berlatih dan lebih mendisiplinkan diri apabila dalam latihan supaya bergelar juara,” tambahnya lagi.

SF

 

Tinggalkan komen anda