
Oleh: Muhammad Khairul Azad Yunus & Taulani Hamzah (Sabah)
KOTA KINABALU, 2 Julai (Malaysiaktif) –? ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’ persis kehidupanTenah Gontidong, 72, yang menetap di Kampung Kepayan setelah dikunjungi oleh Yayasan Nur Jauhar (YNJ) di rumahnya semalam.
Rombongan YNJ yang diketuai oleh Pengerusinya Haji Al Hambra Tun Juhar telah menziarahi keluarga terbabit dengan menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan duit raya sempena sambutan syawal yang bakal menjelang tiba.
Tenah yang tidak bekerja tinggal sebumbung dengan 10 orang anak dan cucu nyata terkejut dengan kunjungan YNJ lebih-lebih lagi dapat bersua muka dengan Al Hambra Tun Jauhar.
Dia tidak dapat menyembunyikan rasa terharu atas sumbangan tersebut dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YNJ yang telah memberikan perhatian kepada golongan memerlukan sepertinya.
Selain itu, YNJ turut mengunjungi seorang lagi penerima sumbangan iaitu keluarga Suzaleey Dalusin, 41, di Kampung Tengah, Kinarut.
Suzaleey seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan tidak mampu menjalankan kerja berat merasa gembira apabila menerima sumbangan yang cukup bermakna daripada YNJ lebih-lebih lagi menjelang Syawal.
Dia amat menghargai sumbangan YNJ kerana keluarganya sering kali menerima bantuan daripada mereka Yayasan berkenaan.
Turut serta dalam ziarah tersebut ialah Biro Kesihatan YNJ, Datin Yohani Tan Sri Datuk R.M Jasni.
SF