Skip to main content
Berita TempatanSabah

OKU Perlu Perhatian Sewajarnya – Faridah

By 2 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan


Oleh: Muniyamma a/p Marapen & Gohny George Kimlon (Sabah)

KUDAT, 2 Julai (Malaysiaktif) –? Golongan Orang kelainan Upaya (OKU) memerlukan perhatian dan pembelaan yang sewajarnya supaya mereka tidak menyisihkan diri daripada arus pembangunan negara dan perlu menjalani hidup seperti kanak – kanak yang lain

Demikian kata Yang Di-Pertua Bakisa, Datin Seri Panglima Faridah Tussin ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Dewan Mini Pejabat Daerah Kudat, pada Khamis.

Faridah turut menasihati ibu bapa yang mempunyai anak OKU agar tidak menganggap mereka sebagai satu kekurangan dan bebanan kerana golongan tersebut juga adalah sebahagian daripada anggota masyarakat.

Tambahnya, golongan OKU apabila diberi perhatian serta peluang mereka juga mampu berjaya dan mampu menyumbang kepada negara seperti insan lain.

image
Faridah yang juga isteri kepada Ketua Menteri Sabah menyeru ibu bapa agar mendaftarkan anak-anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dilatih dan dipulihara di pusat-pusat PDK atau istitusi yang khusus untuk golongan ini.
Pada majlis tersebut seramai 150 kanak-kanak istimewa menerima sumbangan sempena perayaan Hari Raya daripada Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil – Wakil Rakyat Barisan Nasional Sabah (BAKISA).

“Mereka terdiri daripada kanak-kanak OKU daripada Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kudat, PDK Kota Marudu, PDK Matunggong dan PDK Banggi yang menerima sumbangan berupa duit dan baju raya.

“Program Semai Bakti merupakan program tahunan BAKISA setiap kali tibanya bulan Ramadan bagi menyediakan ruang untuk beramah mesra serta berbakti kepada masyarakat khusunya golongan OKU,” ujarnya.

BAKISA turut melawat dan menyampaikan bantuan berupa barangan dapur, baju dan duit raya kepada 277 mangsa kebakaran Kampung Tanjung Kapor di Pusat pemindahan mangsa bencana.

Pada majlis yang sama, pemilik – pemilik kapal layar Persatuan Nelayan juga menyampaikan sumbangan ikhlas kepada semua mangsa berkenaan.

SF

Tinggalkan komen anda