Skip to main content
Berita TempatanSabah

?Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yaacob Bakal Lahir Tahfiz Belia ?Di Sabah

By 2 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Zuraidah Ahmad & Volintine S.Jiloh (Sabah)

MEMBAKUT, 2 Julai (Malaysiaktif) –? Pembinaan Madrasah Tahfiz Darul Yatama Yaacob menjadi platform melahirkan lebih ramai golongan tahfiz muda dalam kalangan belia tempatan.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Arif, pusat itu nanti bakal muncul sebagai Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menyediakan akademik, hafazan dan agama kepada pelajar.

Katanya, bangunan baharu itu dibangunkan dengan kos RM500 ribu dijangka mampu menempatkan 200 pelajar dari seluruh daerah di Sabah.

“Setakat ini kita mempunyai lebih 50 pelajar, sembilan daripadanya ialah hafazan yang berumur 12 tahun ke atas.

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

“Mereka merupakan anak yatim dan asnaf yang terdiri daripada pelbagai kaum dari pelbagai daerah.

“Pusat ini juga membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan UPSR, SRU, SPM, SMU dan juga bidang sains,” ujarnya.

Tambah Arifin, madrasah itu akan beroperasi tahun depan dengan dua kelas Tahun Satu sehingga 4.00 petang dan mereka tidak lagi perlu memasuki sekolah kebangsaan.

Beliau berkata kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa Umno Zon Tiga dan Majlis Perasmian Madrasah itu oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, pada Jumaat.

Terdahulu, Musa juga menyempurnakan upacara pecah tanah madrasah Fasa Dua dan menandatangani plak perasmian.

Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan penyerahan geran tanah waqaf atas nama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) daripada Datuk Gullam Hassan Yacob kepada Pengerusi MUIS.

Musa juga menyampaikan saguhati kepada sembilan pelajar madrasag yang berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta sumbangan zakat daripada Pusat Zakat Sabah.

SF

Tinggalkan komen anda