Skip to main content
Berita SarawakHome

Polis Tidak Abai Keselamatan Petugas Media SUKMA XVIII

By 25 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Ianabella Raeng / Jurufoto: Jaed Tepus (Sarawak)
KUCHING, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Anggota polis yang terlibat sepanjang temasya SUKMA XVIII berlangsung turut menjalankan tugas menjaga keselamatan petugas media.

Koperal Jong Jin Lian, 46, telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai anggota polis dan kini bertugas di Batalion 11 PGA Batu Kawa, Kuching telah diberi tanggungjawab untuk mengawal keselamatan di Pusat Media Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII yang dibuka di Pusat Akuatik, Jalan Stadium Petra Jaya Kuching.

Menurut Koperal Jong, seramai empat orang anggota yang telah dijadualkan untuk bertugas di Pusat Media mengikut masa kerja yang disediakan.

Antaranya ialah Koperal Rudy anak Entaba, 41 yang merupakan salah seorang anggota yang bertugas untuk memastikan keselamatan semua petugas di Pusat Media.

Koperal Rudy telah berkhidmat selama 19 tahun sebagai anggota polis dan kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, Jalan Simpang Tiga.

Mereka ditugaskan untuk menjaga keselamatan para petugas, pengamal media serta tetamu kehormat yang bertandang ke Pusat Media.

“Kawalan keselamatan amat perlu khususnya semasa lawatan khas daripada tetamu kehormat dan juga memastikan supaya sidang media berlangsung dengan lancar.

“Saya pernah bertugas menjaga keselamatan di perlawanan bola sepak, pilihan raya dan juga majlis yang melibatkan orang kenamaan,” ujar Koperal Jong.

Bagi Koperal Rudy, penglibatannya dalam temasya SUKMA XVIII ini merupakan salah satu pengalaman yang amat berharga sepanjang beliau bertugas.

Mereka berdua yang ditemui di Pusat Media Stadium Akuatik ditemui pagi tadi berbangga dan berbesar hati kerana dapat menyumbang tenaga dalam temasya sukan ini.

SF

Tinggalkan komen anda