Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Konvoi Kembara Jalur Gemilang Semarakkan Kesepaduan

By 26 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh : Nor Fadzlina Bt Ahmad Fadzli (Gua Musang)

GUA MUSANG, 26 Jul (Malaysiaktif) – Sebanyak 26 kenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyemarakkan program Konvoi Kembara Jalur Gemilang peringkat daerah Gua Musang.

Kembara berkenaan bermula di Masjid Keputraan Paloh Dua, dan bergerak ke Sekolah Kebangsaan Tengku Muhammad Fakhri Petra di Kampung Lembaga, kemudian meneruskan perjalanan ke Kampung Pulau Stelu dan seterusnya berakhir di Kampung Jerek.

Sebanyak 26 kenderaan terlibat sepanjang konvoi berlangsung

Sebanyak 26 kenderaan terlibat sepanjang konvoi berlangsung

Ketua konvoi yang juga Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan Raja Othman Raja Ibrahim berkata, destinasi seterusnya adalah daerah Jeli dan konvoi ini akan diteruskan ke setiap daerah di negeri Kelantan secara berperingkat selepas ini.

“Sepanjang konvoi ini berlangsung pelbagai pengisian diadakan seperti penyampaian jalur gemilang kepada agensi-agensi kerajaan dan masyarakat setempat, deklamasi sajak patriotik dan ziarah kasih untuk penyampaian Touch Point kepada golongan yang memerlukan,” katanya kepada Malaysiaaktif.

Beliau juga turut menyeru agar masyarakat bersama-sama menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ‘Sehati Sejiwa’ kerana ia melambangkan kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Majlis pelepasan konvoi anjuran Jabatan Penerangan itu disempurnakan oleh wakil Adun Paloh, Ketua Pentadbir Mukim, Chemood Mat Nawi.

 

-SH

Tinggalkan komen anda