Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

23 Pemandu Tren Arab Saudi Turut Digunakan Dalam Operasi Haji

By 8 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh : Muhammad Rizal Redzuan

 

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) untuk musim haji di Tanah Suci Mekah sedang giat melatih pemandu dan menguji tren mereka. Ia bagi memastikan perkhidmatan selama tujuh hari bermula daripada 7 Zulhijjah ini berjalan dengan lancer dan baik untuk kegunaan tetamu Allah tahun ini.

68 Daripada 103 pemandu tren ini adalah staf yang akan bertugas buat pertama kali. Berbeza dengan operasi tahun pertama musim lepas, operasi kali ini turut menggunakan khidmat 23 orang rakyat Arab Saudi sebagai pemandu tren yang menerima latihan di Akademi Rel Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) awal tahun ini.

 

Mereka juga sedang menjalankan latihan percubaan operasi 24 jam tanpa henti sejak awal bulan ini.

Selain itu, 35 daripada pemandu ini telahpun terlibat dalam operasi tahun pertama musim lepas, yang mana MMMSL dapat mengendalikan tugas berkenaan dengan baik dan menerima pujian daripada Kerajaan Arab Saudi.

Menurut Pengarah Negara (Country Director) Arab Saudi untuk Prasarana Integrated Management and Engineering Services (PRIME) yang juga jurucakap MMMSL, Mohamad Hashim Mamot,

Latihan percubaan ini dilakukan sepenuhnya seperti operasi sebenar pada masa jemaah menjalankan haji nanti. Walaupun operasi sebenarnya hanyalah untuk tujuh hari bermula daripada 7 Zulhijjah, persiapan dijalankan dengan penuh rapi sejak awal tahun berdasarkan kepada jadual kerja atau ‘timeline’ yang telah ditetapkan.

Katanya, penglibatan penuh daripada para pemandu tren adalah antara perkara terpenting dalam operasi ini di mana semua tren perlu diuji di samping peralatan dan fasiliti berkaitan seperti sistem semboyan dan Pusat Kawalan Operasi (OCC). Pemandu yang datang berkhidmat di MMMSL ini, mempunyai pengalaman dan pengurusan keretapi untuk sekurang kurangnya lima tahun. Ada sesetengah mereka mempunyai pengalaman hampir 20 tahun.

Operasi MMMSL akan bermula pada 8 September dan berakhir pada 14 September.

Pada waktu puncak, MMMSL, yang menggunakan tren 12-gerabak, mengendalikan lebih 350,000 penumpang sehari.

Tinggalkan komen anda