Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Jika Dapat Emas itu Bonus-Jurulatih Powerlifting Paralimpiad Melaka

By 8 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad

KUCHING, 8 Ogos (Malaysiaktif)-
“Kontinjen Melaka bertekad agar sekurang-kurangnya memungut pingat perak atau gangsa bagi mana-mana kategori iaitu kategori 49kg, 59kg dan 88kg. Jika dapat pingat emas itu sebagai bonus bagi mereka”.

Demikian kata jurulatih Sukan Powerlifting Paralimpiad Malaysia XVIII Sarawak 2016, Salleh Yunos, 48 dari Melaka.

Salleh yang kini berkerja sebagai Juruaudio Visual di Jabatan Penerangan Melaka Tengah telah berkecimpung dalam Sukan Powerlifting apabila dia menjadi cacat kekal anggota kaki selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Saya menjadi atlet sejak 2010 hingga 2014 dan pernah mewakili Melaka dalam Sukan Paralimpiad. Kini saya dilantik sebagai jurulatih bagi sukan Powerlifting,” ujarnya yang ditemui di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan.

Menurutnya, jika dia tidak ada masalah tentang kesihatan pasti dia juga mahu menjadi peserta bagi acara tersebut.

Tiga orang peserta Melaka yang dilatihnya ialah Muhammed Ghazali Omar, 22 bagi kategori 49kg, Mohamad Zaqwan, 27 bagi katergori 59kg dan Mohamad Aslan Bahrin, 40 bagi kategori 88kg.

“Mereka berlatih tiga kali dalam seminggu iaitu pada tiap-tiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu.

“Jika kesihatan saya mengizinkan, saya sendiri akan menjadi peserta namun jika tidak maka saya akan minta mereka ini untuk bertanding bagi Sukan Paralimpiad kali ini,” jelasnya.

Sementara itu, menurut Mohamad Aslan Bahrin, mereka akan cuba sedaya-upaya untuk mendapatkan apa-apa pingat bagi penyertaan kali ini.

“Kalau tak dapat pingat emas pingat perak atau gangsa pun kita terima,” ujarnya yang akan bertanding esok pada 11.00 pagi di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan.

SF

Tinggalkan komen anda