Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Bibiana Impi Pertahan Emas Powerlifting

By 8 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad

KUCHING, 8 Ogos (Malaysiaktif) – Pingat emas merupakan impian Bibiana Ahmad, peserta yang mewakili Sarawak untuk Sukan Powerlifting Paralimpiad Malaysia XVIII Sarawak 2016.

Bibiana, 28 yang berasal dari Kampung Belangsat Jalan Punang, Lawas akan menyertai acara Powerlifting bagi kategori 61kg perempuan yang bakal berlangsung hari ini.

image

Pada edisi kali ini, dia turut membawa satu-satu cahaya matanya iaitu Nur Syazwarie Mashsrul, 6 sebagai penyokong serta pemberi semangat kepadanya untuk terus cemerlang.

Bibiana telah cacat anggota kaki semasa umurnya tujuh tahun lagi kerana dilanggar motosikal semasa balik dari sekolah.

Sebelum ini, dia pernah mewakili Malaysia di Myanmar dan mendapat pingat Perak, di Singapura mendapat pingat Gangsa sementara dua tahun lalu mendapat pingat Emas dalam Sukan Paralimpiad di Perlis.

“Jika Majlis Sukan Negara masih memilihnya pada masa akan datang, maka dia sentiasa bersedia untuk menyertai mana-mana Sukan Paralimpiad.

“Pada sukan kali ini, saya memang berusaha sedaya-upaya saya agar mendapat pingat emas untuk mengharumkan nama Sarawak dan sebagai pendorong untuk dirinya sendiri,” jelasnya yang ditemui di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan semalam.

Sementara itu, seorang lagi peserta dari Lawas iaitu Muhammad Ñur Hashif Bakir, 23 yang berasal dari Kpg Sualai, Lawas berkata ini merupakan kali pertama dia menyertai Sukan Paralimpiad dan berharap agar dapat membawa pulang pingat.

Dia kini masih belajar di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan, Bangi dalam Jurusan Elektrik.

Jurulatih, Mohsen Ali, 49 berasal dari Kampung Masjid Lama, Lawas berharap agar mereka mendapat pingat emas dalam Sukan Paralimpiad kali ini.

” Peserta yang saya latih memang sungguh aktif dan sentiasa berlatih dengan bersungguh-sungguh,” ujarnya yang memulakan karier sebagai jurulatih sejak 2002.

SF

Tinggalkan komen anda