Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelakaViral

84 Pelajar Terima Sumbangan TAPEM

By 15 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Noraidah Mat Seh

ALOR GAJAH, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 84 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta menerima cek berjumlah RM30,300 daripada Tabung Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dalam majlis sempena Lawatan Kerja Ketua Menteri Melaka di DUN Rembia pada Rabu.

Menurut Pengurus Besar TAPEM, Mustafa Musa, penyerahan cek kepada para pelajar merupakan salah satu tanggungjawab TAPEM dalam membantu meringankan beban yuran kemasukan ke IPT.

84 orang pelajar tersebut menerima cek berjumlah RM300 setiap seorang. Pada majlis yang sama, Tahfiz Al Quran Maahad Al Rasyidin turut menerima bantuan bernilai RM24,000.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, program sebegini adalah penting bagi meringankan bebanan isi rumah dengan memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

?Terdahulu, Idris berkunjung ke Taman Rembia Perkasa bagi merasmikan Surau At-Thoiyyibah.

 

 

-DZ

Tinggalkan komen anda