Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Konvoi Jalur Gemilang Warnai Pulau Pinang

By 15 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Azrul Hasan

PULAU PINANG, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi menggelorakan semangat patriostisme, Pulau Pinang dimeriahkan dengan penjelajahan Konvoi Jalur Gemilang sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Pulau Pinang 2016, Sabtu lepas.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Ishak Abdullah, pihaknya ingin menerapkan elemen [email protected] bagi memastikan kemeriahan sambutan turut dijayakan di peringkat komuniti.

WhatsApp Image 2016-08-13 at 10.01.14 PM (1)

 

“Kita ingin mencetuskan semangat agar seluruh warga Pulau Pinang berasa bangga mengibarkan Jalur Gemilang dan dengan cara ini juga perasaan menggelorakan sambutan bulan kebangsaan ini dapat diterapkan.

“Pihak Komuniti 1Malaysia di Pulau Pinang juga dilihat begitu komited di dalam menjayakan apa yang diaspirasikan oleh pihak Kerajaan dan Kementerian,” jelas Ishak.

WhatsApp Image 2016-08-13 at 10.02.51 PM

 

Dalam pada itu, Rosman Said, Ketua pasukan Konvoi Scooter SYM yang turut serta dalam Konvoi Jalur Gemilang ini, menyatakan keterujaan mereka apabila sekali lagi mereka diberi peluang untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan ini.

Pada hari pertama, lebih 70 kenderaan termasuk 50 motosikal SYM dan 100 anggota Jabatan Penerangan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia terlibat dalam konvoi anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang ini.

Konvoi selama dua hari ini berlepas di Teluk Bahang  dan sekitar pulau pada hari pertama serta kawasan Seberang Perai pada hari kedua. Edaran jalur gemilang turut diadakan sepanjang perjalanan.

 

– AH

Tinggalkan komen anda