Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Festival Filem Malaysia ke-28, Perkembangan Amat Baik

By 8 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Azri Zainal Abidin dan Zaharah Ismail

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – “Festival Filem Malaysia ke-28 yang akan diadakan pada 3 September 2016 ini adalah satu perkembangan yang amat baik”.

Demikian menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Wau, Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

“Dengan wujudnya kategori Filem, Pengarah dan Lakonlayar Terbaik bagi filem Bahasa Melayu dan filem bukan dalam Bahasa Melayu, ianya bakal memberikan lebih banyak pengiktirafan kepada karya filem tempatan”, ujar beliau.

Tambahnya, “Perkembangan positif ini perlu disokong dengan apa yang dilakukan oleh penganjur iaitu FINAS. Ianya boleh menimbulkan satu persaingan yang sihat sesama penerbit filem untuk menghasilkan filem Malaysia yang bermutu dan berkualiti demi memartabatkan industri filem tanah air”.

Majlis anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) ini dihadiri oleh pereka kasut terkenal dunia kelahiran Malaysia, Prof. Datuk Dr. Jimmy Choo.

WhatsApp Image 2016-08-05 at 18.27.06

Dalam ucapan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, “Majlis penuh meriah ini diadakan untuk meraikan para media massa dan ahli karyawan  itu sendiri di samping dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli yang terdiri daripada pelbagai cabang budaya seni”.

WhatsApp Image 2016-08-05 at 18.26.54

 

Selain itu, “KL Fashion Weekend” akan diadakan di Istana Budaya tidak lama lagi dengan melibatkan para artis tempatan memperagakan rekaaan pereka terkenal negara.

Majlis dihadiri kira-kira 200 ahli karyawan dan tetamu jemputan lain.

WhatsApp Image 2016-08-05 at 18.26.43

KARYAWAN telah didaftar dengan rasminya pada tahun 2000 selaku sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai nasib para penggiat seni tanahair yang mempunyai hampir 3,000 ahli berdaftar yang terdiri daripada pelbagai cabang seni seperti  nyanyian, lakonan, kebudayaan, juruhebah dan lain-lain.

-DK

Tinggalkan komen anda