Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Belajar Daripada Pengalaman – PM

By 8 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh : Mohamad Zairin Bin Mohamad Zin

SEPANG, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – “Belajarlah daripada pengalaman, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk kita buang”, tegas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seluruh Selangor, Sabtu lalu.

Menurut beliau lagi, “Hari ini adalah hari teristimewa atau hari yang bersejarah di mana daripada jemputan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang berkembang menjadi Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO Seluruh Bahagian Negeri Selangor dan ini merupakan transformasi”.

“Pemilihan Sepang sebagai tuan rumah ada sebabnya, bukan semata-mata Sepang dekat dengan Putrajaya tetapi kerana banyak pengajaran yang kita boleh belajar daripada kekalahan kita dalam PRU-13 dahulu di Parlimen dan DUN”, tambah beliau lagi.

“Sekarang, kita diberikan satu semangat baru dan satu tiupan nafas yang lebih segar sekaligus memecahkan tembok-tembok kemustahilan dalam pemikiran kita bahawa Selangor tidak boleh dirampas balik oleh Barisan Nasional”, tegas beliau.

Beliau memberitahu, “Apabila kita menang dengan majoriti 9191 di Sungai Besar, ada mesejnya di situ”.

“Kita renung sejenak apakah yang tidak kena kita lakukan pada PRU-13 yang lepas dan apa yang telah kita lakukan pada PRK Sungai Besar di mana kita menang bergaya dengan majoriti yang berlipat ganda”,  kata beliau lagi.

“Dan di sini kita boleh rumuskan beberapa faktor yang mempengaruhi kekalahan dan kemenangan kita dan satu faktor amat jelas sekali ialah kalau berlaku perpecahan dalaman dalam bahagian, kita akan tewas dalam pilihanraya”, tegas beliau.

Beliau menambah lagi, “Bila saya lihat di DUN Dengkil yang menang dengan majoriti 2317 mengatasi majotiti kekalahan di Parlimen Sepang dan ini membuktikan terdapat perpecahan dalaman dan kita mesti jadikan ini sebagai pengajaran dan tidak boleh memilih semberono dalam pemilihan calon”.

Beliau menegaskan kepada semua, “Kalau kita bertindak sebagai satu pasukan, kita akan memperoleh kejayaan”.

“Kita ada satu pasukan di Selangor, dan satu nafas baru di Selangor dan kita hendaklah buat kerja kita dan memastikan bahawa UMNO dan BN adalah pilihan utama di sini”, kata beliau lagi.

Perdana Menteri akhiri ucapan beliau dengan “Bersatu kita menang, berpecah kita kecundang”.

Majlis ini telah dihadiri oleh 5000 orang yang terdiri daripada semua perwakilan dari seluruh negeri Selangor termasuk seluruh Bahagian UMNO di negeri.

-DK

Tinggalkan komen anda