Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Hanya Insan Tabah Mampu Jaga Anak OKU

By 4 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Zuraidah Ahmad & Jeffren Malaning (Sabah)

BEAUFORT, 4 Ogos (Malaysiaktif) –? Hanya insan yang tabah dan terpilih akan dimampu menjaga anak Orang Kelainan Upaya (OKU). Tidak pernah menganggapnya sebagai beban, jauh sekali berasa malu dengan masyarakat sekeliling yang mempunyai anak normal.

Begitulah kasih ibu, Maimunah Etam, 59, yang memelihara dan membesarkan anak sulungnya, Kamarul Radzi Abd Rashid, 38, sementara tiga lagi adik Kamarul Radzi yang normal turut membantu dan menjaganya dengan baik.
image
Bagi pesara Jabatan Kesihatan Sabah itu, anak istimewa itu merupakan anugerah berharga dari Allah SWT dan dia tidak pernah membezakan kasih sayang kepada anak-anaknya. Ke mana sahaja keluarga itu keluar, Kamarul juga pasti akan dibawa bersama.

“Walaupun fizikalnya tidak sempurna, dia berhak menikmati kehidupan dan dilayan baik. Dia juga berhak mendapat pelajaran, bergaul dan bermain dengan kanak-kanak lain.

“Oleh itu, dia harus didaftarkan dengan jabatan yang berkenaan untuk mendapatkan kemudahan pemulihan di Pusat Pemulihan Dalam Kumpulan (PDK) yang kini ada di mana-mana daerah.

“Pada saya, malu bukanlah alasan yang tepat untuk terus mengurung kanak-kanak istimewa ini di rumah. Kerajaan Malaysia ialah kerajaan yang prihatin dan telah menyediakan banyak kemudahan kepada golongan ini, sama ada untuk pelajaran, perubatan dan bantuan-bantuan lain.

“Kita lihat premis kerajaan, pusat beli belah, taman awam, pengangkutan contohnya sudah ada laluan atau tempat khusus untuk mereka. Ini bermakna, golongan OKU diiktiraf sebagai anggota masyarakat, jadi kenapa ada para ibu bapayang masih malu dengan anak mereka,” ujarnya.

Maimunah yang juga mantan Ketua Pergerakan Wanita Umno Kabajang dilihat bersama Kamarul pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Umno Bahagian Sipitang anjuran Dun Lumadan di SK Kg Kabajang, pada Ahad.

Tambahnya, semasa dia memegang jawatan itu, dia keluar dengan suami serta semua anaknya ke majlis bersama-sama.

Justeru, dia menasihati para ibu bapa yang mempunyai anak OKU agar tidak berasa rendah diri atau malu. Sebaliknya, perlu berusaha memberikan yang terbaik kepada anak-anak istimewa itu selagi hayatnya masih ada.

SF

Tinggalkan komen anda