
Oleh: Mohammad Abdul Rahman & Sukarni Asun (Sabah)
PAPAR, 4 Ogos (Malaysiaktif) –? Kesedihan keluarga mangsa lemas, Rohani Samsudin, 50, turut dirasai kejiranan komuniti Taman Sayang, Melugus hingga penduduk menggunakan khidmat seorang bomoh sebagai iktiar mencari mangsa, kelmarin.
Masrof Yaakob, 38, penduduk taman terbabit yang menyaksikan sendiri upacara mencari dilakukan bomoh, 78, terbabit yang tertumpu di lokasi kejadian bagi mengesan lokasi mangsa yang masih belum ditemui sejak ahad lalu.
Rohani (mangsa) yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo terjunam ke dalam sungai dikatakan saksi akibat panik dan tertekan pedal minyak ketika membuat pusingan ‘U’ di hujung jalan berhampiran sungai terbabit.
Operasi mencari masih diteruskan oleh pasukan pencari dan penyelamat (SAR), Jabatan bomba dan penyelamat, JPAM dan PDRM yang dipercayai hanyut dibawa arus sungai.
Pelbagai usaha dilakukan oleh penduduk setempat termasuk melaungkan azan serta turut membaca surah Yassin bagi yang beragama Islam manakala terdapat juga ritual yang dilakukan oleh penduduk yang bukan beragama Islam bagi membantu usaha mencari tersebut.
Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Papar, Dunstan Peter ketika dihubungi melaporkan setakat ini misi pencarian mangsa lemas telah masuk hari kedua bersama agensi marin dan warga penduduk menggunakan bot meninjau di sekitar tebing sungai papar sehingga ke muara.
“Sua pasukan bomba mencari dan menyelamat telah ditempatkan di pesisir pantai sekitar kampung kuala hingga ke kinarut dan daripada kedudukan terakhir mangsa terhumban sehingga ke muara Papar lebih kurang 2 km dengan luas lingkup pencarian sehingga 2 km ke pesisir pantai katanya di sini semalam.
SF