Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Menggelorakan Semangat Patriotik Dalam Kalangan Ahli Kelab 1Malaysia

By 17 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh:  Saharuddin Othman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2016 (Malaysiaaktif)  –  Sempena menyambut Bulan Kebangsaan, Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah mengadakan acara penyerahan Jalur Gemilang kepada tujuh buah sekolah yang mempunyai Kelab 1Malaysia di bawah pentadbiran Pejabat Penerangan Kawasan Parlimen Bukit Bintang, Seputeh dan Putrajaya.

Inisiatif tersebut bermula sejak Isnin lalu dengan tujuan untuk memastikan pihak sekolah terlibat secara langsung dalam meraikan Bulan Kebangsaan dan bagi membangkitkan jiwa patriotisme dalam kalangan guru-guru, pelajar-pelajar sekolah dan ahli Kelab 1Malaysia.

Antara sekolah-sekolah yang terlibat di Parlimen Seputeh ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Saujana dan SMK Seri Sentosa. Di Parlimen Bukit Bintang pula, SMK Perempuan Bandaraya dan SMK La Salle Brickfields. Manakala bagi Parlimen Putrajaya ialah SMK Putrajaya Presint 8 (1) dan SMK Putrajaya Presint 14 (1).

Menurut Pegawai Penerangan, Azri Zainal Abidin, “Penyerahan Jalur Gemilang yang dijalankan sepanjang tiga hari ini mendapat sambutan luar biasa daripada para guru dan pelajar-pelajar sekolah terlibat”.

Tambah beliau, “Menerusi kibaran Jalur Gemilang di sekitar kawasan sekolah, ia diyakini dapat menghidupkan semangat kemerdekaan khususnya untuk generasi baharu terutamanya pelajar-pelajar sekolah,”

Turut diadakan, penyerahan Surat Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2016 di mana Johan bagi kategori sekolah, pemenang di peringkat negeri akan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.00.

Penyertaan masih dibuka sehingga 31 Ogos 2016. Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh didapati dengan melayari laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia di www.penerangan.gov.my.

 

-DK

Tinggalkan komen anda