Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Sambutan Swasta Menggelorakan Semangat Patriotik Hambar

By 17 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Emran Ismail / Mohamad Azree

RAUB, 17 Ogos, (Malaysiaaktif) – Pihak swasta kurang melibatkan diri di dalam menjayakan kempen Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Hari Kebangsaan di daerah ini.

Ini diluahkan oleh Pegawai Penerangan Daerah Raub, Zulkofli Sulaiman ketika ditemui semasa Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Raub.

Majlis disempurnakan oleh Pegawai Daerah Raub, Datuk Khairulanuar Mahmood di hadapan Bangunan Majlis Daerah Raub pada pagi ini.

Zulkofli berkata, adalah lebih meriah sekiranya ada agensi swasta seperti syarikat petroliam dan pasaraya besar mengedarkan bendera percuma kepada masyarakat sempena hari kebangsaan.

Bagi seorang penduduk, Zainon Mohamad, 59, berkata beliau dapat melihat betapa semangat untuk meraikan hari merdeka masih lemah. Hanya premis-premis kerajaan sahaja yang meriah dengan bendera. Rumah-rumah penduduk serta premis swasta sangat kurang dalam mengibarkan Jalur Gemilang atas alasan tiada bendera percuma.

Naib Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Raub, Zulkifli bin Haji Mohd Ali Piah, 50, pula berkata, program kibarkan Jalur Gemilang dan Sambutan Hari Kebangsaan ini tidak akan berjaya selagi pihak swasta tidak sama bersungguh-sungguh untuk menjaya program ini.

Dalam majlis hari ini, Ketua Polis Daerah Raub, Wan Zahari Wan Busu turut membantu mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan utama Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Kempen ini bertujuan untuk melibatkan rakyat bagi membangkitkan gelora semangat patriotik bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2016 yang bakal disambut pada 31 Ogos nanti.

Sejumlah 64 buah kenderaan yang mewakili jabatan dan agensi kerajaan dalam Daerah Raub terlibat dalam menjayakan program ini.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda