Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanViral

Perpaduan Perlu Utuh Dalam Membina Negara Bangsa – Zahid

By 20 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh : Mohd Suhaidi Bin Mat Jusoh (Pasir Mas)

PASIR MAS, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Rantau Panjang semalam telah menyuntik semangat perpaduan di kalangan rakyat di negeri ini lebih-lebih lagi tinggal beberapa hari lagi negara akan menyambut ulangtahun hari kebangsaan.

Dalam ucapannya Zahid menekankan agar perpaduan antara rakyat dengan pemimpin tempatan perlulah sentiasa terjalin kerana ia melambangkan kekuatan dan perpaduan yang utuh.

“Pemimpin dan rakyat saling memerlukan antara satu sama lain dalam usaha membina negara bangsa yang kuat, maju dan dihormati, ujarnya ketika berucap di Kolej Kemahiran Tinggi MARA.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, serta pemimpin tempatan.

Seorang peserta yang hadir iaitu Tarmizi Mohmad, 62, dari Kampung Gual Sitok Rantau Panjang berkata, Majlis Pemimpin Bersama Rakyat perlu lebih kerap diadakan untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat.

“Majlis seumpama ini membolehkan rakyat bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin. Saya rasa gembira jika lebih ramai pemimpin kerajaan pusat turun padang bertemu rakyat, ” jelasnya penuh keterujaan.

Kehadiran Timbalan Perdana Menteri amat dinanti-nantikan oleh rakyat lebih-lebih lagi ia merupakan platform mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat.

-SH

Tinggalkan komen anda