Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

TNB Sumbang Van Jenazah

By 20 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 Oleh : Herman Hamid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Penduduk dan kariah Masjid Ar Rahimah Kampung Pandan dan kawasan sekitar boleh menarik nafas lega kerana masalah ketiadaan van jenazah berakhir apabila menerima sumbangan van tersebut daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut Timbalan Pengerusi Masjid Ar Rahimah, Haji Salleh Daud, “Ahli Pengurusan Pentadbiran Masjid Ar Rahimah  telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan van jenazah kepada TNB tahun lalu dan bersyukur  selepas setahun menunggu, akhirnya penantian untuk memiliki sebuah van jenazah baharu tercapai pada hari ini di Madrasatul Khairat Desa Pandan.”

IMG-20160820-WA0067

Presiden Pembahagian TNB, Datuk Baharin Din berkata  “Program yang julung-julung kali diadakan ini antaranya bertujuan untuk menzahirkan keprihatinan TNB terhadap keperluan komuniti Islam setempat selain mempelbagaikan inisiatif tanggungjawab korporat sedia ada yang dijalankan TNB.”

“Pada tahun ini sejumlah 13 buah van jenazah diagihkan kepada setiap negeri dengan kos peruntukan sebanyak RM1.6 juta menggunakan sebahagian wang agihan zakat syarikat”, tambah beliau.

IMG-20160820-WA0064

“Van jenazah jenis Toyota Hiace  berharga hampir RM100,000 ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada kariah Masjid Ar Rahimah, malah kepada penduduk  sekitar Kampung Pandan dan Desa Pandan”, kata Menteri Kewangan Kedua merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani semasa perasmian majlis tersebut.

Turut hadir menyempurnakan program ini ialah Pengerusi Majlis Persatuan Penduduk (MPP) Parlimen Titiwangsa, Datuk Affendi Zahari dan Wakil Sub Zon 2 MPP Titiwangsa, Rosli Adam.

-DK

Tinggalkan komen anda