Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sama-Samalah Kita Kibar Jalur Gemilang – Rundi

By 16 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

  Oleh Mohd Baharruddin Mohamad

SARIKEI, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – “Sama-samalah kita kibarkan jalur gemilang dan bendera negeri di bangunan kedai, sekolah, pejabat, kampung-kampung dan di mana-mana sahaja yang sesuai sebagai penghargaan dan kesyukuran kita yang menetap di sebuah negeri yang aman dan damai.

Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Dr Stephen Rundi AK Utom, yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata demikian semasa melancarkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2016 Peringkat Sarawak di pekarangan Dewan Suarah, Sarikei, Sarawak pagi tadi.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2016 peringkat Sarawak diadakan bagi menyemarakkan semangat sayang akan negara sekali gus membakar semangat patriostisme dalam kalangan masyarakat Sarikei amnya.

Simbolik pelancaran menaikkan Jalur Gemilang dengan diiringi nyayian "Negaraku" dan bendera dinaikkan oleh 12 orang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

Simbolik pelancaran menaikkan Jalur Gemilang dengan diiringi nyayian “Negaraku” dan bendera dinaikkan oleh 12 orang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

Antara simbolik pelancaran ialah menaikkan Jalur Gemilang dengan diiringi nyayian lagu “Negaraku” dan bendera dinaikkan oleh 12 orang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

Di samping itu, acara penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil agensi kerajaan negeri dan persekutuan, wakil ketua masyarakat dan kepada wakil persatuan bukan kerajaan.

Rundi turut  menyeru agar generasi muda, belajarlah dengan bersungguh-sungguh manakala kepada yang bekerja, bekerjalah dengan penuh tertib dan dedikasi supaya Sarawak terus maju dan berdaya saing di mata dunia luar.

SF

Tinggalkan komen anda